Ni orang kuat majlis kat rumah mak Ceneh... saper lagi my sweet hubby la
Bahan2 untuk nasi dagang:
Beras wangi (1 kg)
Beras pulut (jika guna beras wangi boleh abaikan beras pulut)
Halia (potong halus2)
Halba
Bawang merah (potong halus2)
Garam kasar
Gula
Santan (RM 3)
Bahan2 untuk kuah:
Ikan tongkol
Bawang
Bawang Putih
Lengkuas
Halia
Kunyit
Rempah Gulai Cap Bunga Rose
Cili Boh
Cili Padi
Santan
Nisan / Gula Melaka
Garam
Rendam beras (kira2 setengah hari sebelum kukus nasi)
Untuk sediakan santannya, campur sekali garam kasar dan gula ke dalam santan. Kacau rata.
Susun daun pandan atas periuk kukus untuk elakkan beras jatuh ke bawah... ni kalau u all guna periuk kukus yang lubang2 tu...
Letak beras yang telah direndam tadi atas daun pandan.
Kukus - pertama kali selama 45 minit.
Untuk pastikan nasi sudah mask cucuk senduk kayu ke dalam nasi. Jika tidak berderai maksudnya nasi sudah masak.
Angkat nasi dan letak dalam bekas lain.
Siram nasi dengan sedikit air dan kacau rata nasi tersebut.
Kemudian masukkan semula nasi ke dalam periuk kukus.
Kukus lagi...
Sediakan bahan2 dibawah.
Apabila nasi telah masak angkat nasi dan tuang ke dalam bekas yang ada bahan2 di bawah.
Kacau rata dan siramkan santan ke atas nasi tadi.
Ini dia nasi dagang yang sudah siap di kacau.
Proses di bawah untuk kuah...nya
Ikan tongkol wajib ada...
Rebus ikan tongkol bersama asam keping dan garam
Masak santan dahulu sehingga pecah minyak, kacau sekali sekala,
Blend bawang, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit dan rempah gulai.
Bila nampak santan dah hampir pecah minyak bolehlah tumis bahan2 blend ni.
Pastu masukkan cili boh, nisan dan garam gula.
Bila santan tadi dah pecah minyak masukkan la bahan2 tumis tadi.
Kacau ... dan jangan lupa masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi.
Masukkan sekali lada jarum or cili padi sebiji2.
kalau nak masam2 boleh masukkan belimbing buluh...
Haaa... nii dia gulai nasi dagang yang dah siap dimasak oleh mak daku... best tau!
0 comments:
Post a Comment