Monday, May 23, 2011

Puding Trifle

sumber: http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html
Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga


Sunday, May 22, 2011

Tauhu Sumbat

Tauhu:
Potong 3 segi
Potong di tengah untuk sumbat timun.
Goreng tauhu

Timun potong halus-halus, sumbatkan dalam tauhu
Boleh sumbatkan carrot sekali jika mahu

Untuk Air Lada:
Cili Boh 1 senduk
Air asam jawa
Nisan  1 bulat kecik (Gula Melaka)
Gula 3 sudu
Cuka 2 sudu
Garam sedikit
Ajinomoto ( pilihan)

Campur semua bahan dan biar atas dapur dengan api sederhana.

* Bila bulan puasa ini menu wajib ada sepanjang ramadhan, makanan favourite arwah ayahanda...

Thursday, May 19, 2011

Brownies

Butter 3 suku
Brown sugar 300 g
Serbuk koko 75 g

Masukkan bahan2 diatas dalam periuk guna api yang kecil, kacau hingga sebati.
Padamkan api dan tambah bahan2 dibawah ikut turutan

Tepung 150 g
4 biji telur (pukul siap2)
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanila

Kacau bila sebati tuang dalam acuan dan bakar 180 C selama 25 minutes.
 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design