Monday, September 6, 2010

Puding Laici


Bahan2:

30g agar2
250 g gula
3 sudu besar kastard
6 cawan air
2 cawan air laici or 1 tin laici
laici tu boleh la diblender
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
pewarna kuning
pewarna coklat

Cara2:
* Masak agar2 bersama air dan daun pandan disimpul.
*Bila agar2 telah hancur masukkan gula.
* Pukul telur bersama marjerin, susu cair dan kastard dan tuang ke dalam bahan mendidih bersama air laici.
*Bila sudah masak bahagikan kepada dua bahagian. Letak pewarna kuning dan coklat.
* Untuk hasil yang lebih  baik tapis bahan tadi.
* Masukkan ke dalam peti ais 3 - 5 minit, kemudian tuang bahan berwarna coklat di atasnya.

Kerabu Kaki Ayam


Rebus kaki ayam buang air dan ganti air rebusan dan rebus lagi. tak perlu potong
Rebus dan toskan , buang air rebusan.
 Air limau, cili api hijau, garam, gula - blend
kemudian gaul bersama kaki ayam yg telah ditos
tambah bawang besar, daun ketumbar, daun bwg n tomato

Puding Kastard

Bahan2:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
setengah cawan gula
garam
susu cair f&n hehehe
koktail

Cara:
Kacau campuran tepung kastard, air, gula dan garam.
Kacau hingga pekat.

Potong kastard dan tuangkan koktail dan susu cair F&N (It tastes good!) tau ke atas kastard tadi. yummmy

Kuih Siput


Ni dia kuih favouriteku... makan sambil tengok tv. tapi ku tak berkesepatan nak wat sebab dok bergentel dengan anak2ku ni

Ni dia resepinya..

Tumbuk halus bahan2 di bawah:
ketumbar
jintan putih
udang kering
bawang putih
cili boh

bahan lain:
tepung
planta 
garam

Uli semua bahan, tambah air

jangan lupa beli papan bergaris tu ye...

sedapnya, rindukn yang mak buat, goreng garing sedap...

Tuesday, March 9, 2010

Sambal taun

rebus lengkuas dan cili padi (dua2 bahan dgn kuantiti yg banyak)
toskan...

tumis bawang putih dan bawang merah.
masukkan cili dan lengkuas
masukkan air skit
masukkan ayam/kerang yg dah direbus/ atau apa saja
masukkan santan

pedas tapi boleh diulang makan dengan ganti lauk sahaja

ungkep

tumbuk:
bawang merah
bawang putih
jintan (yg halus dan hitam)
ketumbar
kunyit
halia
lengkuas
serai
tumis bahan di atas
tambah ayam
tambah air asam
 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design