Saturday, April 25, 2020

Murtabak Popia

Murtabak Popia Simple...

BAHAN2 INTI

๐Ÿ3 keping daging burger @ daging / ayam cincang
๐Ÿ1 biji bawang besar potong dadu
๐Ÿ1 ulas bawang putih
๐Ÿ1 sdb rempah kari daging
๐Ÿ1 sdb rempah kurma
๐Ÿ3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)
๐ŸDaun sup
๐ŸSedikit kiub daging/ayam

Cara2
๐Ÿ‚Tumis kan bawang yg di potong dadu hingga naik bau...
๐Ÿ‚Masukkan rempah kari + rempah kurma (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.
๐Ÿ‚Baru masukkan daging burger yg telah di hancurkan...
๐Ÿ‚Lepas tu masukkan kentang yg telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.
๐Ÿ‚Akhir sekali perasakan dgn garam + gula dan perasa..

Telur 2biji
-----------------
๐Ÿ‚Sekatakan dan sudukan dlm inti (rujuk pada gambar di bawah)

★Letakkan inti di tengah2 kulit popia yg di ltak secara menyerong...sudukan telur di atas inti tersebut dan lipat kan kulit popia ( rujuk gambar di bawah )...Gunakan minyak yg sedikit sahaja utk mngorengkannya...api kecil ya★

kulit popia secukupnya
cheesedale keping juga jngan lupa ( kalo sukala ) @ mozarella....mna2 yg korang suka



#dapurcikyanhisham
#shareresepi40

Wedges homemade

Wedges homemade ala kfc....

2kg ubi kentang
4sdb Tepung Gandum*
4sdb Tepung Beras*
4sdb Tepung Jagung*
2sdb Serbuk Lada Sulah*
2sdb Serbuk Lada Hitam*
2sdb Serbuk Cili*
Garam secukupnya*
Minyak untuk menggoreng

Cara²
1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat dan toskan.
2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, boleh la potong kentang (pastikan kentang tersebut menyerong, jangan korang potong macam korang nk buat kari lak) .
**macam saya belah 2 lepastu saya bahagikan 3.. Kalau ubi kentang tu besar pandai² la nak bahagikan dia macam mana ye.
3. Lepas da siap potong, cuci & toskan. Kemudian korang susun la dalam tray kukus. Kukus dlm 5minit atau sehingga ubi kentang korang empuk. Bila dah empuk korang sejukkan sekejap.
4.. Dalam bekas lain korang satukan bahan hok bertanda *. Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan.
** jangan buat pelik lak ye kulit ubi kentang tak kena tepung.. Kulit ubi kentang  xserap air. Dia tak lembab macam isi ubi kentang. Tp still selamat dimakan.
5. Panaskan minyak & goreng lepastu ngap๐Ÿ˜‚...

## Nak guna tepung serbaguna pun boleh juga. Terpulang pada korang.

Resepi cheezy yang saya buat..

Bahan²
1sdb mentega / butter
2sdb tepung gandum
1sdb serbuk cili
1sdb pati ayam(serbuk) / 1ketul kiub ayam
4pcs slice cheese
1cwn susu segar
Pewarna kuning

Cara²
1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan Cairkan mentega.
2. Masukan tepung gandum, serbuk cili n serbuk/ kiub pati ayam.  Kacaukan rata..
3. Kemudian masukan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna.. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3minit sehingga cheezy pekat.





#dapurcikyanhisham
#shareresepi43

CHEESECAKE

RESEPI CHEESECAKE  4 BAHAN JE..

-250g cream cheese
-250g susu pekat
-Telur 5biji
-Tepung gandum 1/2 cwn (ayak)

๐Ÿง€ Asingkan putih telur dan kuning
๐Ÿง€ mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh)
๐Ÿง€ bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul smpai sebati
๐Ÿง€ lastly, masukkan tepung dan kaup balik smpai sebati.
๐Ÿง€ satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
๐Ÿง€ lapikkan baking paper dalam tray . Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mgikut oven masing2.

#dapurcikyanhisham
#shareresepi44

Kuah Mee Kari

Resepi Kuah Mee Kari Meletop

Bahan-Bahan:

3-4 labu bawang merah besar

5-6 ulas bawang putih

1 inci halia

1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil, lepas tu lumur dengan serbuk kunyit)

40-80g kerisek (peket kecil)

Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

2batang serai (diketuk)

1/2 cawan air asam jawa

1 senduk cili kisar (wajib letak)

2-3 peket kecil serbuk kari daging (adabi/maksiti)

100ml santan pekat (kara atau ayam brand 200ml)

Kiub ikan bilis, kiub ayam , garam.

Air secukupnya

Kentang/lobak merah (optional)

Bahan Lain:

Sayur sawi

Taugeh

Mee kuning

Fish ball

Fish cake

Tauhu pop

Daun sup, bawang goreng

Telur rebus

Cara Masak:

1. Kisar bawang merah, putih, halia. Tumis bahan kisar tadi bersama serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Agak kekuningan dan naik minyak, masukkan cili kisar 1 senduk kuah sahaja ye.

2. Tumis sehingga pecah minyak, seterusnya masukkan rempah kari daging, bila kering tambah sedikit sahaja air, perlahankan api, biarkan dia mendidih dan pecah minyak dengan sempurna.

3. Masukkan kentang, lobak merah, beserta ayam yang dilumur dengan kunyit tadi. Biarkan sehingga mesra. Bila dah kering tambah sedikit lagi air, api masih perlahan ye jangan kuatkan api dapur, kalau nak kuahnye masak dengan cantik dan sempurna.

4. Bila kentang, lobak merah, dan ayam dah masak, kuah mendidih elok, kacau perlahan masukkan air asam, masukkan sebungkus kerisek, dan juga santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan letak berlebihan nanti kuah agak pucat. Kuah pekat, tambah air agak-agak sahaja. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat.

5. Masukkan kiub ikan bilis, ayam, dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu pop, fish ball, fish cake, sayur sawi dan didihkan dia dalam 5 minit lagi baru tutup api.

Nota:

Cume nak pesan lagi sekali, masak kari ni jangan pasang api kuat-kuat. Masa menumis pun api sederhana aje, bila dah masuk ayam, air, santan semua tu terus perlahankan api. Biar lambat pun takpe, sebab dia akan masak dengan elok

Santan tu pulak jangan tuang sekotak tu, masukkan sikit-sikit lepas tu kacau, tengok warna dia cantik merah tak payah letak dah. Jangan letak santan banyak-banyak sampai kuah tu jadi macam masak lemak cili api, pucat aje. Cili kisar tu wajib letak, takde cili kisar guna serbuk cili pun boleh.

#dapurcikyanhisham
#shareresepi45

Resepi udang khamped

Resepi udang khamped (resepi dari Thailand)

1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap

Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan

Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah

Bahan hiasan
Daun limau purut

Cara2
Panaskan myk bks goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkn cili kisar masak smpai pecah myk, masuk sos tiram, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang gaul2 hingga sebati.. Perasakan


Kek minyak

kek minyak

5 biji telor
1/2 cwn gula
1sb ovalette
1 cwn susu
1 cwn minyak
1 sk esen
2 cwn naik sendiri
pewarna
CARANYA
~Pukul telor+gula+ovalette - kembang
~ masuk susu, minyak, tpg.


Lemang noxxa

Sumber: Dapur Cik Yan

Lemang noxxa

Bahan2:

1/2 kilo pulut cuci bersih tapis
Santan Kara 2 kotak kecil
1 kotak air guna kotak santan td
Sedikit garam
Satu @ dua sudu minyak masak

Masukkan lebih kurang 4 sudu beras dalam cawan

Tuangkan santan yg dah dicampur air tadi
Biar tenggalam aja beras tu..

Dalam inner pot letak daun pisang Dan pandan tqmbah 1 gelas air

HP 40 minit..@ periuk baru tekan
Je multi Grain den siappppp

Pasti jadi....lemak sangat Dan lembut




 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design