Saturday, April 25, 2020

Resepi Kek Minyak Versi Periuk Nasi

Sumber: Dapur Cik Yan

Resepi Kek Minyak Versi Periuk NasiπŸ‘©‍🍳

Bila tengok kawan post di FB, terliur semasa lihat resepi kek minyak masak periuk nasi. Resepi masakan ini sangat ringkas dan mudah. Mana tau time terdesak boleh cuba kerana periuk nasi memang ada dimana-mana. Resepi ini saya dapat dari Kak Jun Din.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovallete
1 cawan minyak
pewarna sesuai selera

Cara Masak Kek Minyak Guna Periuk Nasi
1. Putar telur, gula, dan ovallete hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila
3. Masukkan tepung gandum sikit-sikit hingga habis lalu masukkan minyak dan gaul hingga sebati
4. Bahagi-bahagikan dan warnakan
5. Sapi periuk nasi dengan marjerin rata-rata
6. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat sorak ikut suka. Saya kali lapis cuma tompok-tompokan sahaja
7. Masak kek macam masak nasi, tekan butang periuk hingga butan tu akan naik. Biar je, dalam 5 minit tekan semula butang tu. Ulang sehingga kek masak
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

0 comments:

Post a Comment

 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design