Saturday, April 25, 2020

Kek Marble Pelangi Mudah

Sumber: Dapur Cik Yan

Resepi Kek Marble Pelangi Mudah

Bahan-Bahan:

2 sudu makan susu cair
6 biji telur
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan margerin
pewarna ikut selera

Cara Membuat:

1. siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it’s OK.

2. Masukkan telur dalam bekas lain dan basuh telur tersebut. Selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian putar sehingga sebati.

3. Sementara itu lengserkan acuan 9 inci dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. Boleh gunakan acuan bulat atau empat segi. Tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat. Saya gunakan empat segi.

4. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. Kemudian, masukkan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

5. Bila adunan tadi dah siap, bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.

6. Setelah semua bahagian diwarnakan, kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. Ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

7. Bila mewarnai dah selesai, barulah dibakar sampai masak. Saya gunakan oven elektrik bersuhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.

🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨🥨

0 comments:

Post a Comment

 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design