Tuesday, August 30, 2011

nasi goreng thai







posted from Bloggeroid

Monday, August 29, 2011

Bubur lambuk terengganu

rebus beras dan daging hingga empuk.
masukkan bwg merah, bwg putih, halia,lada hitam,kerisik,isi ikan sardin / selayang (rebus dahulu), budu (optional) dan garam.
masuk santan dan ubi keledek bila daging empuk.
lastly masuk pucuk midin, daun kunyit, daun kaduk, daun kesum.



posted from Bloggeroid

Kuah Kacang

masukkan minyak dan mentega.
tumis bawang merah, bawang putih, halia.
dah garing masuk cili boh.
(optional letak ayam atau daging potong kecil)
masukkan kacang (setengah kilo kacang tanah yg digoreng dgn minyK sedikit dan diblend halus) dan air sedikit2 ikut kepekatan.
kemudian masuk nisan, gula dan garam.
biar atas dapur guna api kecil.
kacau sekali sekala hingga pecah minyak.
setengah kilo kacang tanah utk periuk sederhana.
kuah kacang ni sedap di makan dengan ketupat, nasi impit dan juga sate...

posted from Bloggeroid


Sunday, August 21, 2011

Resepi Puding Roti


sumber: http://www.potretkasih.com/2011/06/28/puding-roti/

Resepi Puding Roti




6 keping roti gardenia ( apa2 roti pun boleh )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur
1/2 makan essen vanilla

Cara penyediaan….
1. Kacau sebati telur, esen vanilla, gula dan susu cair.
2. Roti di potong dadu  termasuk kulitnya kemudian susun dalam acuan pembakar.
3. Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang telah disusun.
4. Taburkan kismis dan butter kedalam adunan roti tadi…
5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…

Saturday, August 20, 2011

whipped potato

hari ni punya menu... whipped potato.disediakan oleh ce de... sedapp... i like!!!

resepinya:  sumber: http://irmadilondon.blogspot.com/2011/05/resepi-kentang-putar-dan-kuah.html

Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :


1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.




posted from Bloggeroid

Friday, August 12, 2011

Cup cake

250 g butter
200 g gula kastor
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur (gred a)
2 sudu makan serbuk coklat
1 sudu teh esen vamila
80 g coklat chip

pukul butter dan gula hingga gebu dan kembang. (pukul slow bila sebati high speed)
masukkan telur dan esen vanilla pukul.
masukkan pula tepung dan serbuk coklat terus pukul sampai sebati. (jgn high speed nanti kek pecah)
masukkan coklat chip dan kacau.
sudukan dalam acuan dan bakar suhu 170 darjah selama 20 - 30 minit.

guna fresh cream untuk hias.





Friday, August 5, 2011

Donut Ball

sumber: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/donut-ball-resepi-ii.html
Donut Ball (Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

apam polkadot

sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/12857



comelnya geram tgk... mest my kids suke ni

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara


  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Thursday, August 4, 2011

Pari Bakar

bwg besar/merah
bwg putih
cili boh
bunga kantan
daun kesum
belacan
asam jawa
garam
gula
ikan pari

tumis semua bahan hgg masak.
letak ikan pari dalam aluminium foil dan letak bahan tumis. kemudian bakar.....
 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design