Saturday, April 25, 2020

Murtabak Popia

Murtabak Popia Simple...

BAHAN2 INTI

🍁3 keping daging burger @ daging / ayam cincang
🍁1 biji bawang besar potong dadu
🍁1 ulas bawang putih
🍁1 sdb rempah kari daging
🍁1 sdb rempah kurma
🍁3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)
🍁Daun sup
🍁Sedikit kiub daging/ayam

Cara2
πŸ‚Tumis kan bawang yg di potong dadu hingga naik bau...
πŸ‚Masukkan rempah kari + rempah kurma (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.
πŸ‚Baru masukkan daging burger yg telah di hancurkan...
πŸ‚Lepas tu masukkan kentang yg telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.
πŸ‚Akhir sekali perasakan dgn garam + gula dan perasa..

Telur 2biji
-----------------
πŸ‚Sekatakan dan sudukan dlm inti (rujuk pada gambar di bawah)

★Letakkan inti di tengah2 kulit popia yg di ltak secara menyerong...sudukan telur di atas inti tersebut dan lipat kan kulit popia ( rujuk gambar di bawah )...Gunakan minyak yg sedikit sahaja utk mngorengkannya...api kecil ya★

kulit popia secukupnya
cheesedale keping juga jngan lupa ( kalo sukala ) @ mozarella....mna2 yg korang suka



#dapurcikyanhisham
#shareresepi40

Wedges homemade

Wedges homemade ala kfc....

2kg ubi kentang
4sdb Tepung Gandum*
4sdb Tepung Beras*
4sdb Tepung Jagung*
2sdb Serbuk Lada Sulah*
2sdb Serbuk Lada Hitam*
2sdb Serbuk Cili*
Garam secukupnya*
Minyak untuk menggoreng

Cara²
1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat dan toskan.
2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, boleh la potong kentang (pastikan kentang tersebut menyerong, jangan korang potong macam korang nk buat kari lak) .
**macam saya belah 2 lepastu saya bahagikan 3.. Kalau ubi kentang tu besar pandai² la nak bahagikan dia macam mana ye.
3. Lepas da siap potong, cuci & toskan. Kemudian korang susun la dalam tray kukus. Kukus dlm 5minit atau sehingga ubi kentang korang empuk. Bila dah empuk korang sejukkan sekejap.
4.. Dalam bekas lain korang satukan bahan hok bertanda *. Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan.
** jangan buat pelik lak ye kulit ubi kentang tak kena tepung.. Kulit ubi kentang  xserap air. Dia tak lembab macam isi ubi kentang. Tp still selamat dimakan.
5. Panaskan minyak & goreng lepastu ngapπŸ˜‚...

## Nak guna tepung serbaguna pun boleh juga. Terpulang pada korang.

Resepi cheezy yang saya buat..

Bahan²
1sdb mentega / butter
2sdb tepung gandum
1sdb serbuk cili
1sdb pati ayam(serbuk) / 1ketul kiub ayam
4pcs slice cheese
1cwn susu segar
Pewarna kuning

Cara²
1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan Cairkan mentega.
2. Masukan tepung gandum, serbuk cili n serbuk/ kiub pati ayam.  Kacaukan rata..
3. Kemudian masukan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna.. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3minit sehingga cheezy pekat.





#dapurcikyanhisham
#shareresepi43

CHEESECAKE

RESEPI CHEESECAKE  4 BAHAN JE..

-250g cream cheese
-250g susu pekat
-Telur 5biji
-Tepung gandum 1/2 cwn (ayak)

πŸ§€ Asingkan putih telur dan kuning
πŸ§€ mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh)
πŸ§€ bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul smpai sebati
πŸ§€ lastly, masukkan tepung dan kaup balik smpai sebati.
πŸ§€ satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
πŸ§€ lapikkan baking paper dalam tray . Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mgikut oven masing2.

#dapurcikyanhisham
#shareresepi44

Kuah Mee Kari

Resepi Kuah Mee Kari Meletop

Bahan-Bahan:

3-4 labu bawang merah besar

5-6 ulas bawang putih

1 inci halia

1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil, lepas tu lumur dengan serbuk kunyit)

40-80g kerisek (peket kecil)

Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

2batang serai (diketuk)

1/2 cawan air asam jawa

1 senduk cili kisar (wajib letak)

2-3 peket kecil serbuk kari daging (adabi/maksiti)

100ml santan pekat (kara atau ayam brand 200ml)

Kiub ikan bilis, kiub ayam , garam.

Air secukupnya

Kentang/lobak merah (optional)

Bahan Lain:

Sayur sawi

Taugeh

Mee kuning

Fish ball

Fish cake

Tauhu pop

Daun sup, bawang goreng

Telur rebus

Cara Masak:

1. Kisar bawang merah, putih, halia. Tumis bahan kisar tadi bersama serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. Agak kekuningan dan naik minyak, masukkan cili kisar 1 senduk kuah sahaja ye.

2. Tumis sehingga pecah minyak, seterusnya masukkan rempah kari daging, bila kering tambah sedikit sahaja air, perlahankan api, biarkan dia mendidih dan pecah minyak dengan sempurna.

3. Masukkan kentang, lobak merah, beserta ayam yang dilumur dengan kunyit tadi. Biarkan sehingga mesra. Bila dah kering tambah sedikit lagi air, api masih perlahan ye jangan kuatkan api dapur, kalau nak kuahnye masak dengan cantik dan sempurna.

4. Bila kentang, lobak merah, dan ayam dah masak, kuah mendidih elok, kacau perlahan masukkan air asam, masukkan sebungkus kerisek, dan juga santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan letak berlebihan nanti kuah agak pucat. Kuah pekat, tambah air agak-agak sahaja. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat.

5. Masukkan kiub ikan bilis, ayam, dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu pop, fish ball, fish cake, sayur sawi dan didihkan dia dalam 5 minit lagi baru tutup api.

Nota:

Cume nak pesan lagi sekali, masak kari ni jangan pasang api kuat-kuat. Masa menumis pun api sederhana aje, bila dah masuk ayam, air, santan semua tu terus perlahankan api. Biar lambat pun takpe, sebab dia akan masak dengan elok

Santan tu pulak jangan tuang sekotak tu, masukkan sikit-sikit lepas tu kacau, tengok warna dia cantik merah tak payah letak dah. Jangan letak santan banyak-banyak sampai kuah tu jadi macam masak lemak cili api, pucat aje. Cili kisar tu wajib letak, takde cili kisar guna serbuk cili pun boleh.

#dapurcikyanhisham
#shareresepi45

Resepi udang khamped

Resepi udang khamped (resepi dari Thailand)

1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap

Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan

Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah

Bahan hiasan
Daun limau purut

Cara2
Panaskan myk bks goreng udang, tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkn cili kisar masak smpai pecah myk, masuk sos tiram, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang gaul2 hingga sebati.. Perasakan


Kek minyak

kek minyak

5 biji telor
1/2 cwn gula
1sb ovalette
1 cwn susu
1 cwn minyak
1 sk esen
2 cwn naik sendiri
pewarna
CARANYA
~Pukul telor+gula+ovalette - kembang
~ masuk susu, minyak, tpg.


Lemang noxxa

Sumber: Dapur Cik Yan

Lemang noxxa

Bahan2:

1/2 kilo pulut cuci bersih tapis
Santan Kara 2 kotak kecil
1 kotak air guna kotak santan td
Sedikit garam
Satu @ dua sudu minyak masak

Masukkan lebih kurang 4 sudu beras dalam cawan

Tuangkan santan yg dah dicampur air tadi
Biar tenggalam aja beras tu..

Dalam inner pot letak daun pisang Dan pandan tqmbah 1 gelas air

HP 40 minit..@ periuk baru tekan
Je multi Grain den siappppp

Pasti jadi....lemak sangat Dan lembut




Resipi Pulut Nangka

Sumber: Dapur Cik Yan

Resipi Pulut Nangka
.
Bahan-Bahan:
.
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
.
Cara Membuat:
.
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam pengukus letak daun pandan nak bagi wangi.
.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.

Siap! dah boleh makan.


Resepi Kek Minyak Versi Periuk Nasi

Sumber: Dapur Cik Yan

Resepi Kek Minyak Versi Periuk NasiπŸ‘©‍🍳

Bila tengok kawan post di FB, terliur semasa lihat resepi kek minyak masak periuk nasi. Resepi masakan ini sangat ringkas dan mudah. Mana tau time terdesak boleh cuba kerana periuk nasi memang ada dimana-mana. Resepi ini saya dapat dari Kak Jun Din.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovallete
1 cawan minyak
pewarna sesuai selera

Cara Masak Kek Minyak Guna Periuk Nasi
1. Putar telur, gula, dan ovallete hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila
3. Masukkan tepung gandum sikit-sikit hingga habis lalu masukkan minyak dan gaul hingga sebati
4. Bahagi-bahagikan dan warnakan
5. Sapi periuk nasi dengan marjerin rata-rata
6. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat sorak ikut suka. Saya kali lapis cuma tompok-tompokan sahaja
7. Masak kek macam masak nasi, tekan butang periuk hingga butan tu akan naik. Biar je, dalam 5 minit tekan semula butang tu. Ulang sehingga kek masak
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Kek Marble Senang Buat

Sumber: Dapur Cik Yan

RESEPI KEK MARBLE SENANG BUAT

 3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara buat.

1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.

2. Kemudian masukkan telur satu persatu.

3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.

4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.

5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)

6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .

7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.

8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.

9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„πŸ§„

Kek Marble Simple

Kek Marble Simple..

Bahan-bahan :

3biji telur
Setengah cawan gula halus
Setengah cawan majerin puteri
1 cawan tepung berserbuk penaik (blue key)
Ovalet 1 sudu kecil
Serbuk koko 2sudu mkn
1 sudu kecil Esen vanila

Cara-caranya :

Satukan telur gula ovalet majerin esen vanila  mix hingga gebu..
Kemudian letak  tepung mix lagi hingga sebati,
Bahagi kepada 2 bahagian ikut suka nk letak kaler ape.. Sy letak serbuk koko dan tabur coklat rice.. Bakar 170c 30minit..
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’


Kek Marble Pelangi Mudah

Sumber: Dapur Cik Yan

Resepi Kek Marble Pelangi Mudah

Bahan-Bahan:

2 sudu makan susu cair
6 biji telur
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking soda (campur sebati dan ayak)
2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan margerin
pewarna ikut selera

Cara Membuat:

1. siapkan bekas kemudian masukan gula dan margerin, gunakan pemutar elektrik dan putar sehingga kembang atau boleh juga gunakan tangan. it’s OK.

2. Masukkan telur dalam bekas lain dan basuh telur tersebut. Selepas tu masukan telur sebiji-sebiji kemudian putar sehingga sebati.

3. Sementara itu lengserkan acuan 9 inci dengan sedikit tepung dan margerin dan pastikan rata ke seluruh bahagian acuan. Boleh gunakan acuan bulat atau empat segi. Tetapi, belang akan nampak lebih cantik bila gunakan acuan bulat. Saya gunakan empat segi.

4. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan gaul sebati. Kemudian, masukkan juga esen vanila dan susu cair, gaul sebati.

5. Bila adunan tadi dah siap, bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian ditambah pewarna dan 1 bahagian tak ditambah pewarna pun tak ape.

6. Setelah semua bahagian diwarnakan, kemudian belang-belangkan adunan mengikut warna. Ambil sebanyak 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan dan ulangi langkah tersebut sampai adunan habis.

7. Bila mewarnai dah selesai, barulah dibakar sampai masak. Saya gunakan oven elektrik bersuhu 165 darjah celsius selama lebih kurang 50 minit.

πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨πŸ₯¨

KARIPAP PUSING

Sumber : Dapur Cik Yan

KARIPAP PUSING

A-untuk luar
1 cawan tepung gandum
1 camca majerin yg di panaskan
air(agak2 1/2 cawan)
secubit garam
-larutkan garam dlm air
-masukkan 1 sudu majerin cair dlm tepung
-gaul2 pastu masukkan sedikit2 air..
-uli sehingga menjadi doh yg x melekat di jari & bekas..
-bulat2  doh tu dlm 12 biji

B-untuk dalam
1 cawan tepung gandum
3 sudu majerin
1 sudu minyak
-panaskan sehingga cair
-biar bg suam
-masukkan dlm tepung
-gaul sebati sehingga boleh di genggam bulat
*kalau x cukup majerin tu masukkan sikit lagi
-ok buat bulat2 sebanyak 12 biji

-bik B masukkan dlm A
-canai nipis
-gulung
-canai memanjang
-gulung lagi
-potong 2
-canai pastu boh inti
-kelim
-Goreng dlm minyak yg byk dan api yg slow...
SiapppπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

INTI KARIPAP

Ayam/ daging potong kecil2
2 biji kentang
2 biji bawang besar
potong dadu

2 ulas bawang putih
6 ulas bawang  kecil / 1/2 biji bawang besar
-tumbuk
-panaskan
3 sudu minyak masak
-masukkan bawang yg di tumbuk
-masukkan
2 sudu rempah kari daging
(kalau nak pedas lebihkan)
-kacau dan masukkan daging & bahan yg di potong dadu
-masukkan air  2 cawan
-masukkan garam,sedikit gula
-kacau2 pastu perlahankan api..
-masak sehingga ubi empuk
-masukkan aji dan taburkan
2 sudu besar tepung gandum
-masukkan daun sup
-rasa semua dah sedap..
SIAPPP😊😊

Cheese Cake

Sumber : FB Amanda Tan


Agar-agar Oreo

Sumber: Dapur Cik Yan

Agar-agar Oreo

Bahan-bahan:
• 1 bungkus agar-agar tali 20g
• 1 tin susu cair
• 1/2 tin susu pekat
• 2 paket biskut Oreo (biskut boleh letak perisa pelbagai)
• 4/5 ketul gula batu

Cara-cara:
1. Masukkan air 1200ml dalam periuk, masak bersama agar-agar dan 4/5 ketul gula batu. Masak hingga larut.
2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) then baru masuk susu cair.
3. Kacau 5-7 min hingga mendidih, tutup api.
4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.
5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam pudding.
6. Biarkan sejuk dalam 10-15 min baru masukkan dalam peti ais.

Tips ✍ Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis.

Roti Canai

Bahan – bahan:

Sumber: Dapur Cik Yan

1 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu pkt
1 biji telur
500ml air
Cara – cara memasak:

Masukkan marjerin, gula, telur, garam, susu pekat dan air ke dalam mixer atau paki tangn (atau guna breadmaker masuk bahan cecair dulu).
Kemudian, masukkan tepung gandum, ulikan ia sampai ianya menjadi doh, kemudian, Rehatkan lagi dalam 20 minit. keluarkn doh, letakkan doh di atas meja yang bersih.
Bulat2kan doh Saya buat 19biji Ini terpulang kepada anda.
Jika inginkan roti canai besar, buat besar – besar. Bulatkan doh, kemudian sapu marjerin kesemua doh tadi. Sapu bekas dengan marjerin supaya doh tidak melekat.
roti canai


Perapkan doh semalaman.
Kemudian, anda bolehlah tebar roti canai dibelakang talam atau diatas meja makan yang telah dilapik plastik.
roti canai
 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design