Saturday, June 1, 2019

Puding Oreo




Bahan-bahan:
• 1 bungkus agar-agar tali 20g
• 1 tin susu cair
• 1/2 tin susu pekat 
• 2 paket biskut Oreo (biskut boleh letak perisa pelbagai) 
• 4/5 ketul gula batu

Cara-cara:
1. Masukkan air 1200ml dalam periuk, masak bersama agar-agar dan 4/5 ketul gula batu. Masak hingga larut.
2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) then baru masuk susu cair.
3. Kacau 5-7 min hingga mendidih, tutup api.
4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.
5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam pudding.
6. Biarkan sejuk dalam 10-15 min baru masukkan dalam peti ais.

Tips Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis.

0 comments:

Post a Comment

 

mom's recipes Template by Ipietoon Cute Blog Design